Tuesday, 24 January 2012

Pusara cintaku untuk tok ki

Gadis Pelangi telah kehilangan tok ki yang sangat Gadis Pelangi sayangi. Setiap saat bersama tok ki adalah detik indah. Walaupun Gadis Pelangi tidak tinggal bersamanya, tapi Gadis Pelangi pernah menjaganya. Setiap 24 jam bersamanya, Gadis Pelangi hafal telatahnya.

Paginya:



Tok ki bangun dari tidur. Dia akan tidur bersandar di dinding sambil memeluk bantal kecil warnya oren, itu kegemarannya. Sejuk tapi tok ki tak suka sangat berselimut tebal. Cuma berbaju Jumper warna kelabu untuk menahan sejuk. Tok Ki akan minum kopi atau teh susu. Tok Ki tak suka teh O. Gadis Pelangi selalu kena marah sebab tak buat air teh manis semanis manisnya.Sarapannya roti atau biskut kering. Kalau ibu balik Kelantan, ibu akan masak mee basah yang sedap sangat. Ibu selalu masak sedap sangat.


Bila Makan:


Kadang-kadang,Gadis Pelangi suap tok ki bila makan. Tok Ki makan dengan penuh selera. Gadis Pelangi selalu tanya Tok Ki: "Tok lapar?" Dan Tok Ki jawab: " Ada makanan apa?"
"Ni ada goreng pisang, Tok Ki nak?" jawab Gadis Pelangi
"Ha, nak" sambil menggeletar-geletar memegang pisang goreng.
Selesai makan, dia akan ambil sehelai tisu, kemudian dikoyakkan kepada 2.Dilap mulutnya.Kemudian tisu itu disimpan cermat. Akan digunakan lagi. Jimat kata atok.

Solatnya:

Atok Ki kadang-kadang nyanyuk. Tapi dalam nyanyuk, dia selalu tanya pada Gadis Pelangi, "Dah masuk waktu solat belum?"

Bila mahu solat, Gadis Pelangi akan duduk disebelahnya, untuk membetulkan solatnya. Meskipun, solatnya sudah tidak betul. Cuma mengisi masa dan syaitan tidak mudah menghampiri atok.

Maghrib pula, Gadis Pelangi & Atok duduk bersandar di dinding dan baca doa sama-sama, sambil memegang tangan atok. Kadang-kadang atok ki, terlena dibahuku.

Bila malam:





Tok ki akan duduk di lembeknya (toto), sambil melunjur kaki. Gadis Pelangi datang duduk disebelahnya. Kami selalu bergurau. Gadis Pelangi suka sakat atok, sampai Tok Ki memanggilku Kakak Nakal. Gadis Pelangi suka bermanja-manja dengan atok.Tok Ki pun suka bermanja-manja. Bila Gadis Pelangi minta Tok Ki berposing, mesti Tok Ki buat.Atok Ki pun layan je.

Suka tanya soalan ini:

GP:Atok, comel tak?
Atok: tak comel. Kakak comel
GP: oh atok cakap tak comel ya, so cucu atok ni (Gadis Pelangi) tak comel la ek?(buat muka jebik) Mana boleh atok tak comel, tapi cucu comel. Tok cakap molek, atok comel ke tak? Kalau tak, akak geletek atok
Atok: Hehe,okay okay atok comel. Kakak ni nakal! * Menahan geli kena geletek*

GP: sayang akak(Gadis Pelangi) tak?
Atok: sayang la, kakak kan cucu atok. Semua cucu atok sayang *Hugs*

GP: sayang Tok Puang(Perempuan) tak?
Atok: tak.
GP: Atok ni nakal, cubit kang! * buat muka garang ni*
Atok: Hehe, sayang. * Malu-malu jawab depan tok Puang*


GP:Tok Puang comey tak?
Atok: Dok comey
GP: Atok!!
Atok: Comey~ *gelak kekek yang kecil, tok puang pun sengih*

GP: Atok okay?
Atok: Okay~

GP: Atok nak makan?
Atok: Ada makanan apa?
GP: Ada macam-macam la.Nak?
Atok: Nak *slow je jawab, tak larat*


Syukur


Dikala meniti tahun terakhirnya, alhamdullilah Gadis Pelangi dapat meluangkan masa bersama Allahyarham. Gunting misai dan janggut, mengurut, menyakat, dimarahi, menciumnya tangan dan pipinya, bergambar, bercerita, bercubit-cubitan. Sebulan lebih sebelum Gadis Pelangi pulang ke Perak, itulah kali terakhir Gadis Pelangi bergurau manja dengan atok.

Bila hari akhirnya, Gadis Pelangi masih sempat memegang tanganya, dia tidak sedarkan diri, tapi saat tangan dipegang, Gadis Pelangi merasa genggaman tok ki yang tergetar-getar. Gadis Pelangi mencium dahinya yang panas.Gadis Pelangi berbisik ditelinganya akan Syahadah dan Yassin dialunkan. Keluarga mengiringi jalan sakaratul maut. Menangis Gadis Pelangi melihat wajah tok ki.

Jam 12.20 malam Jumaat, atok menghembuskan nafasnya.


Kenangan terindah



Meski sudah beberapa hari atok ki meninggalkan kami, Gadis Pelangi sentiasa terbayang lambaian,senyuman,dan semua telatahnya. Setiap kali Gadis Pelangi mahu pulang ke Perak, kami bersalaman dan berpelukkan. Dia akan cakap, kakak tinggallah dengan atok, belajar pondok,nanti atok ajar masak tom yam. Dia akan melihat kereta Gadis Pelangi meninggalkan perkarangan rumah tok ki dengan lambaian dan senyuman tua yang indah. Gadis Pelangi dapat juga menunaikan permintaanya. Walaupun tidakah lama mana tinggal, bila cuti je.

Terbayang 5 tahun yang lalu, atok ki bersama motor Hondanya.naik bersama Tok Puang.Rindu nak dengar suara atok.Nikmatnya menjadi cucu atok. Al Fatihah. Doakan ya untuk tok ki Gadis Pelangi.

Sekarang, Gadis Pelangi pula tidur di tempat tok ki, temankan tok Puan sebentar.

#imissatoksomuch






0 comments:

Post a Comment